Assalamualaikum
yallssss
jangan terkejut sebab aku dah start buka balik blog ni kahkahkah.
Sebab aku takda mood nk study so marilah kita membuang masa ke tempat yang berfaedah (masalahnya blog ni berfaedah ke? 💩)
So beberapa bulan yang lalu aku start diet, takdalah diet gila² sampai tak makan tu, just eat right and exercise.
Sebenarnya, losing weight ni much easier than gaining weight. Kenapa? Haa ko pi la tanya sapa² yang kurus keding dan tengah struggle nak gemok tu. Baru kau tau cerita sebenarnya. Aku tak pandai nak reka cerita benda yang aku tak tau hahaha. Daya imaginasi tak tinggi.
And semua benda perlukan ilmu weh, bukan suka hati je. Nak lose weight pun perlu ilmu, bukan ikut² orang. Orang ni lose weight sebab dia tak makan sebulan, pastu ko gi ikut. Mati satgi aku tak tanggung. So kena ada ilmu yang betul² kena pegang, tak kira la ko nak buat apa pun, termasuklah nak diet ni.
So basically, past few months, I decided to lose my weight because you know arr I am overweight. (Overweight je belum obese) So I is takut then I made a decision to start my diet regime. Aku just buat yang simple² je sebab time tu tengah cuti sem jadi aku duduk rumah. Setahun dua kali je weh aku balik rumah so mak masak aku memang tak bole resist.
Jadi apa yang aku buat adalah, aku makan secara sederhana, means, aku tau la masakan mak tu sedap tapi masa nak makan tu control the portion. I avoid any junk food. Bukan tak boleh makan cuma jangan jadikan habit untuk makan junk food hari². Seminggu sekali as your reward, it's okay.
Waktu makan tu, jaga portion, make sure karbo (nasi, mee, pasta etc) tu segenggam je. Ikut tangan kita ok, jangan ikut portion tangan bapa kau, memang tak jadi la diet kau cerita dia. Paling penting kena ada macro nutrient ni; carbo, protein and fat. Protein paling penting sebab aku jogging, jadi aku perlukan protein tu untuk help build my muscle and reduce sore.
Pastu tiap petang aku jogging. Hahaha part ni memang ramai yang mengeluh sikit. Tapi believe me, kau try je dulu jogging dalam seminggu pastu kau akan rasa kalau kau tak jogging minggu kedua tu mesti ko rasa something is missing hahaha. Betul ni, tak percaya sudah. Aku mula² tu ngelat juga nak lari tapi masa minggu kedua tu, kalau sehari tu tak pergi jogging rasa lemau semacam ja badan. Aku tak sembang lebih tau, hahaha sebab aku tak pandai reka cerita benda yang aku tak buat hahaha.
Amazingly, I lose 3 kgs juga la dalam sebulan tu, hasil eat right + exercise. Sebelum ni masa takda ilmu yang betul, aku just diet bodoh² je, entah aku ikut diet siapa entah, sampai tak makan nasi 4 bulan weh. hahaha dah tu berat aku turun 5 kgs tapi lepas aku mula balik makan nasi aku naik 7 kgs. I is what the fruitttt!!!!
Sekarang berat aku ada lah dalam 47-48 kgs macam tu. Macam tak kurus je? hehehe actually haritu berat aku dah 46 kgs tapi sebab bapa aku tak suka tengok aku jadi macam tengkorak so aku makan la lebih sikit kasi naik sikit.
Total lost sekarang dah 8 kgs.
Actually banyak ja tips lose weight yang ada dekat luar tu cuma, biasalah orang kita suka cari jalan singkat. Kalau baca tips c A, dia kata kena jogging, kita taknak ikut tips dia sebab menyusahkan. Kita baca tips c B, dia kata dia minum ubat kurus je dia dah kurus so kita pun ikut dia. Sebab tu lah orang kita mudah kena tipu, kena cerita sikit fakta² sains semua terus percaya padahal tu pseudoscience. Kita nak kurus tapi nak goyang kaki je kat rumah and makan jajan hari² pastu tiba² kurus 😂😂 Minta pelempang 😒. No pain no gain laa dear. Sebab tu lah ilmu tu penting.
Ada banyak regime diet dekat luar, tapi basic dia cuma satu:
EAT RIGHT + EXERCISE
Tu ja.
Masalah terbaru aku sekarang is baju lama dah tak bole nak pakai. 💩 Sebab masa aku pakai, aku tengok, weii buruknya sebab semua menggelebeh ja dekat badan aku 😂😂 Nak beli baru tunggu la ada duit lebih sikit kahkahkah. Aku memang kedekut sikit kalau part shopping baju ni hihi.
And you know what, apa yang lebih memeningkan selepas lose weight?
MAINTAINING WEIGHT LAAAA.
Susah weh nak maintain, ko kurang makan, tiba² timbang dah turun, ko terlebih makan, tiba² timbang dah naik.
Hahaha ok enuf for today, esok aku ada paper hahaha.
No comments:
Post a Comment