Pages

Monday, 8 January 2018

hiatus

Assalamualaikum.

Selepas berbulan juga hilangkan diri daripada dunia blogging.

Tidak tahu lah kenapa kalau waktu final exam ni idea menulis mencurah-curah. But honestly I am the type of person who will become poetic whenever I am tired. (Can not be proved though but sometimes it works).

Bila orang tanya kenapa ambil Geomatik, tiada jawapan spesifik untuk aku hujahkan, samada mahu jawab secara sekular atau islamik haha. Aku mungkin boleh jawab panjang lebar bagaimana akhirnya aku end up masuk ke dunia ukur, walaupun sebenarnya ramai yang tahu aku benak bab kira-kira. Atau aku pun mungkin boleh saja jawab secara ringkas dan kurang padat dengan ayat REZEKI. Sebab bagi aku jawab macamana panjang pun, hujung pangkal asalnya dari rezeki juga hahaha.

Okay... sebelum itu kita perkenalkan secara mudah apa sebenarnya Geomatik ni. Kalau aku cerita dengan geng-geng Ah Pek atau atok-atok, memang mereka tidak tahu pun Geomatik ni binatang apa, yang diorang tahu Ukur Tanah. Ukur Tanah/Survey dan Geomatik bukanlah benda yang sama sebenarnya tapi aku lagi suka guna survey sebab orang tua senang faham, dan diorang selalu akan doakan aku jadi surveyor berjaya sebab mindset mereka, surveyor = kaya-raya-duit-berkepok hahaha. Untuk society alaf baru, sudah tentu aku gunakan Geomatik sebab senang nak explain Geografi + Matematik = Geomatik. Sebab kalau cakap ukur tanah dekat diorang, pandangan dan penerimaan diorang lain sikit. Tidak tahu, tapi itu yang aku rasa. Perasaan aku saja mungkin.

Apalah aku merepek di atas. Teruskan.

Awal perkenalan dengan Geomatik bukan mudah. Banyak kali menangis kenapa aku ditakdirkan masuk dalam major yang aku tak hebat pun. Bab kira-kira bukan favorite aku. Benak. Ditambah lagi dengan saudara-mara yang bertanya aku tentang jurusan ni. Tekanan bertambah. Tapi bila ingat balik macam sia-sia membuang masa meratap benda yang tidak tahu. Baik buat kajian dan cari tahu apa yang kita tidak tahu!

Sekarang masih lagi meneruskan perjalanan menjadi ahli geomatik yang berjaya inshaallah. Masih di tahun ke-3. Kalau difikirkan tiada apa yang dibanggakan pun sebab setakat ini tiada lagi pencapaian yang memberangsangkan untuk di aku kenangkan. Tapi bagi aku yang lemah ni, melihat diri sendiri perlahan-lahan melangkah perbaiki kelemahan diri, bagi aku itu satu self-improvement yang aku rasa tidak perlu untuk aku announce, tapi cukup untuk aku kenang untuk tatapan peribadi. Tiada siapa yang tahu perasaan gembira melihat diri sendiri menapak semakin ke hadapan walaupun langkah kita bukanlah besar mana pun, melainkan kita yang merasainya sendiri.

Dan tidak mudah juga sebenarnya untuk buat orang faham mengikut kefahaman kita. Sebagai seorang perempuan yang ingin involve dalam bidang yang dikuasai lelaki, kadang-kadang kemampuan kita direndahkan dan disama araskan dengan dapur. Bagi mereka perempuan dan dapur berpisah tiada. Berhujan berpanas bukanlah masalah yang besar pun sebenarnya. Jadi cara pemikiran atau mentally tidak dapat diubah dengan ceramah, tapi memerlukan masa yang panjang untuk kita tunjukkan bukti kukuh dengan kelakuan, buat mereka percaya dan terima.

Belum dikira waktu-waktu aku dibuang sebab tidak berguna untuk disimpan, selayaknya sampah. Ini tentu bukan benda yang perlu dikenang, sebab ia tidak membantu aku improve pun.

Banyak benda yang perlu kita pelajari sebenarnya. Aku pun masih lagi belajar. Semakin dikorek ilmu, semakin banyak lagi aku rasa yang perlu dikaji.

Tapi aku selalu berdoa, mengharap supaya walaupun sudah berakhir dengan graduasi pun, aku harap memang inilah kerjaya yang terbaik buat aku. Sebab tiada siapa pun yang boleh sahkan, rezeki tetap daripada Allah. Kalau difikir sangat masa-masa buruk sepanjang proses cari ilmu ni, aku boleh saja berhenti dan cari saja apa-apa kerja halal yang boleh bantu sara diri dan keluarga. Cukup. Tapi bukanlah poket saja yang perlu dipenuhkan, otak pun mahu improve, at least, one day, in the future, I have something to be told to the young generation; to my children, my nieces, o maybe to your children too.

No comments:

Post a Comment

hiatus

Assalamualaikum. Selepas berbulan juga hilangkan diri daripada dunia blogging. Tidak tahu lah kenapa kalau waktu final exam ni idea menuli...