Pages

About me

ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮﱠﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﻴﻢ

Pada mulanya aku pun berkira-kira untuk membuat blog ini, sebab aku secara literalnya tidak ada apa pun yang menarik untuk dikongsi. Tidak ada catatan pengembaraan, apatah lagi hikayat kehidupan yang benar-benar menarik untuk dikongsi. 
.
Tapi, aku yakin esok, lusa, tulat atau bilapun masa masa ke depan yang bakal tiba, aku pasti ada sesuatu yang menarik Tuhan ciptakan untuk aku isi disepanjang perjalanan hidup, walaupun hakikatnya banyak lagi coretan-coretan bermanfaat boleh kamu dapati diluar sana.
.
Aku terinspirasi dengan ramai penulis hebat, yang berkongsikan hikayat hidup mereka di perantauan. Bukan berniat ingin menandingi mereka, tapi satu yang aku pelajari daripada mereka: sesuatu yang tidak penting bagi kita, tak semestinya tak penting untuk orang lain. Seperti penulis-penulis yang aku kagumi itu, mereka pada mulanya hanya sekadar suka suka mencoret kenangan di media, tetapi mereka tidak sedar apa yang mereka cerita memberi 'penghidupan' pada orang lain. 
.
Menulis mungkin hobi aku, tetapi bukanlah setiap masa. Aku kadangkala berulit juga dengan buku-buku ukur, GPS, hidrografi dan lain lain (kerana masih di alam menuntut ilmu), aku mungkin juga mewarna buku warna kanak-kanak untuk mengisi kebosanan, atau mungkin membaca saja mana-mana bahan bacaan yang menarik yang aku perolehi. Tapi selagi aku punya modal untuk mengeluarkan idea, tidaklah salah untuk aku mencoret.
.
Terima kasih Tuhan atas nikmatMu, kerana meminjamkan mereka yang kau pilih untuk aku jadikan tauladan. Terima kasih pada yang memberi semangat kehidupan, yang sentiasa memapah aku bilamana aku terjatuh, yang tidak menarik aku supaya tersungkur senyap senyap, dan rezeki rezeki yang tidak terhitung diberi.
.
Assalamualaikum.












hiatus

Assalamualaikum. Selepas berbulan juga hilangkan diri daripada dunia blogging. Tidak tahu lah kenapa kalau waktu final exam ni idea menuli...