Pages

Monday, 8 January 2018

hiatus

Assalamualaikum.

Selepas berbulan juga hilangkan diri daripada dunia blogging.

Tidak tahu lah kenapa kalau waktu final exam ni idea menulis mencurah-curah. But honestly I am the type of person who will become poetic whenever I am tired. (Can not be proved though but sometimes it works).

Bila orang tanya kenapa ambil Geomatik, tiada jawapan spesifik untuk aku hujahkan, samada mahu jawab secara sekular atau islamik haha. Aku mungkin boleh jawab panjang lebar bagaimana akhirnya aku end up masuk ke dunia ukur, walaupun sebenarnya ramai yang tahu aku benak bab kira-kira. Atau aku pun mungkin boleh saja jawab secara ringkas dan kurang padat dengan ayat REZEKI. Sebab bagi aku jawab macamana panjang pun, hujung pangkal asalnya dari rezeki juga hahaha.

Okay... sebelum itu kita perkenalkan secara mudah apa sebenarnya Geomatik ni. Kalau aku cerita dengan geng-geng Ah Pek atau atok-atok, memang mereka tidak tahu pun Geomatik ni binatang apa, yang diorang tahu Ukur Tanah. Ukur Tanah/Survey dan Geomatik bukanlah benda yang sama sebenarnya tapi aku lagi suka guna survey sebab orang tua senang faham, dan diorang selalu akan doakan aku jadi surveyor berjaya sebab mindset mereka, surveyor = kaya-raya-duit-berkepok hahaha. Untuk society alaf baru, sudah tentu aku gunakan Geomatik sebab senang nak explain Geografi + Matematik = Geomatik. Sebab kalau cakap ukur tanah dekat diorang, pandangan dan penerimaan diorang lain sikit. Tidak tahu, tapi itu yang aku rasa. Perasaan aku saja mungkin.

Apalah aku merepek di atas. Teruskan.

Awal perkenalan dengan Geomatik bukan mudah. Banyak kali menangis kenapa aku ditakdirkan masuk dalam major yang aku tak hebat pun. Bab kira-kira bukan favorite aku. Benak. Ditambah lagi dengan saudara-mara yang bertanya aku tentang jurusan ni. Tekanan bertambah. Tapi bila ingat balik macam sia-sia membuang masa meratap benda yang tidak tahu. Baik buat kajian dan cari tahu apa yang kita tidak tahu!

Sekarang masih lagi meneruskan perjalanan menjadi ahli geomatik yang berjaya inshaallah. Masih di tahun ke-3. Kalau difikirkan tiada apa yang dibanggakan pun sebab setakat ini tiada lagi pencapaian yang memberangsangkan untuk di aku kenangkan. Tapi bagi aku yang lemah ni, melihat diri sendiri perlahan-lahan melangkah perbaiki kelemahan diri, bagi aku itu satu self-improvement yang aku rasa tidak perlu untuk aku announce, tapi cukup untuk aku kenang untuk tatapan peribadi. Tiada siapa yang tahu perasaan gembira melihat diri sendiri menapak semakin ke hadapan walaupun langkah kita bukanlah besar mana pun, melainkan kita yang merasainya sendiri.

Dan tidak mudah juga sebenarnya untuk buat orang faham mengikut kefahaman kita. Sebagai seorang perempuan yang ingin involve dalam bidang yang dikuasai lelaki, kadang-kadang kemampuan kita direndahkan dan disama araskan dengan dapur. Bagi mereka perempuan dan dapur berpisah tiada. Berhujan berpanas bukanlah masalah yang besar pun sebenarnya. Jadi cara pemikiran atau mentally tidak dapat diubah dengan ceramah, tapi memerlukan masa yang panjang untuk kita tunjukkan bukti kukuh dengan kelakuan, buat mereka percaya dan terima.

Belum dikira waktu-waktu aku dibuang sebab tidak berguna untuk disimpan, selayaknya sampah. Ini tentu bukan benda yang perlu dikenang, sebab ia tidak membantu aku improve pun.

Banyak benda yang perlu kita pelajari sebenarnya. Aku pun masih lagi belajar. Semakin dikorek ilmu, semakin banyak lagi aku rasa yang perlu dikaji.

Tapi aku selalu berdoa, mengharap supaya walaupun sudah berakhir dengan graduasi pun, aku harap memang inilah kerjaya yang terbaik buat aku. Sebab tiada siapa pun yang boleh sahkan, rezeki tetap daripada Allah. Kalau difikir sangat masa-masa buruk sepanjang proses cari ilmu ni, aku boleh saja berhenti dan cari saja apa-apa kerja halal yang boleh bantu sara diri dan keluarga. Cukup. Tapi bukanlah poket saja yang perlu dipenuhkan, otak pun mahu improve, at least, one day, in the future, I have something to be told to the young generation; to my children, my nieces, o maybe to your children too.

Sunday, 30 July 2017

Rasis: Isu yang tak patut ada.

Assalamualaikum

*Actually this is an old draft that I forgot to post, so there might be a mix sentences that vulnerable to read hahahaha*

Bapa selalu cerita, segelintir (baca: tidak semua) orang Malaya adalah sangat rasis. Sebab itu DS Najib adakan kempen 1Malaysia, untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaya. Sebab apa perlu pupuk perpaduan mereka? Sebab mereka tidak bersatu padu. Takkanlah PM adakan satu dasar secara suka-suka tanpa tujuan.

Mula-mula aku pun tidak percaya. I was born with an open minded family, and they taught us to appreciate people without emphasizing their background. Jadi pada awal laungan dasar 1 Malaysia diketengahkan, bagi kami dasar ini tidak ada maknanya bagi kami sememangnya tanpa dasar 1 Malaysia pun, orang Sabah dan Sarawak sudah lama '1 Malaysia'.

Tahun 2015 adalah tahun pertama aku menyambung pelajaran ke semenanjung malaysia, dan itu adalah kali kedua aku jejak semenanjung malaysia.

Dipanjangkan cerita, sewaktu semester 1 di tahun pertama, aku mengikut kawanku yang ketika itu ingin menguruskan hal bank di bsn. Oleh kerana baru mengenali tempat tu, jadi aku mengambil inisiatif untuk hanya bertanya pada seorang pakcik penjaja di tepi jalan, bertanyakan tentang jalan hendak ke bsn terdekat.

Pakcik tersebut bersungguh sungguh menunjukkan tempat dengan mengarahkan saya pergi ke tiang bendera. Selepas mengucapkan terima kasih, saya dan kawan terus pergi ke tempat yamg dimaksudkan/diarahkan sebentar tadi.

Setelah sampai, tidak ada apa di sana selain tiang bendera. Dari jauh saya lihat pakcik tersebut melihat saya dan kawan sambil ketawa. Sel-sel otak pun mula berhubung dan saya menyedari bahawa saya dan kawan tadi kena 'kencing'. Sangat geram selepas tahu yang saya dan kawan telah diperbodohkan oleh pakcik penjaja itu.

Sebenarnya cawangan BSN yang kami cari sebenarnya sudah berpindah lokasi, bukan lagi di kawasan itu, tetapi pakcik tersebut cuba mempermainkan kami dengan menyuruh kami pergi ke tiang bendera, berniat hendak memperli saya yang berasal dari Sabah (kebanyakan orang Malaya yang buta sejarah atau sengaja membutakan diri dengan menganggap Sabah dari Indonesia, bukanlah sebahagian daripada Malaysia) yang ketika itu masih pekat berdialek Sabah.

It was a starting point of me become aware that 1 Malaysia slogan is quite important for them because they are super racist.

In my place, there were never an issue exist regarding religion, because everyone knew their right in having and practising religion, or even if you don't have religion. You can say that Sabahan's Muslim are ignorance (for not spreading dakwah), but we all knew our responsible in dakwah, we realize that people are attracted with your attitude, not the practice you showed. There are Muslims who have bad attitude but kept bragging to Islamizing people. Not wrong, but I think its funny since seems like you don't have any measure marks on yourself.

Dakwah is not all about the hadith, not all about sunnah. Showing a good attitude is one of the way to dakwah too and the easiest way to dakwah them is by showing the good attitude, be a decent man and have a moral to others. We don't need other things, actually. The 'things' like hadith, sifat-sifat Allah and so on is just the other steps. Don' t get me wrong, I didn't that those are not practicable, but it is just a matter of time. We don't eat when pooping in the toilet, right? It is all about sequences. It takes time for people to accept.

So back to the case I told, it is really iritating me, I just couldn't do anything and hope that these kind of people will gone immediately. They don't deserved to live on the earth. We share the same earth, but you want to own it, act like it is yours. We don't need these kind of people. However, I also pray that these 3rd class mindset will not passimg through your family. It is so embarassing. Not a good gene to be brought though.

Let's make this world as good place to live. Yes, we can't change the world, but we can change ourself. Our attitude resembles our family, our family resembles the society, and our society resembles the country.

However, I do believe that those kind of people are just a few, Allah makes me meet them to remind me that life is not always in a smooth sail. There is a time, we were fucked up with things that we have started. I am glad and feel so thankful that I still have supportive friends in my class. They never say hurtful things about me. As I said before, not all people we met are bad, only a few.

So be good and don' t be racist. It doesn' t make you feel superior. Never.

Tuesday, 11 July 2017

Lose weight? Not a big deal, man!

Assalamualaikum

yallssss

jangan terkejut sebab aku dah start buka balik blog ni kahkahkah.

Sebab aku takda mood nk study so marilah kita membuang masa ke tempat yang berfaedah (masalahnya blog ni berfaedah ke? 💩)

So beberapa bulan yang lalu aku start diet, takdalah diet gila² sampai tak makan tu, just eat right and exercise.

Sebenarnya, losing weight ni much easier than gaining weight. Kenapa? Haa ko pi la tanya sapa² yang kurus keding dan tengah struggle nak gemok tu. Baru kau tau cerita sebenarnya. Aku tak pandai nak reka cerita benda yang aku tak tau hahaha. Daya imaginasi tak tinggi.

And semua benda perlukan ilmu weh, bukan suka hati je. Nak lose weight pun perlu ilmu, bukan ikut² orang. Orang ni lose weight sebab dia tak makan sebulan, pastu ko gi ikut. Mati satgi aku tak tanggung. So kena ada ilmu yang betul² kena pegang, tak kira la ko nak buat apa pun, termasuklah nak diet ni.

So basically, past few months, I decided to lose my weight because you know arr I am overweight. (Overweight je belum obese) So I is takut then I made a decision to start my diet regime. Aku just buat yang simple² je sebab time tu tengah cuti sem jadi aku duduk rumah. Setahun dua kali je weh aku balik rumah so mak masak aku memang tak bole resist.

Jadi apa yang aku buat adalah, aku makan secara sederhana, means, aku tau la masakan mak tu sedap tapi masa nak makan tu control the portion. I avoid any junk food. Bukan tak boleh makan cuma jangan jadikan habit untuk makan junk food hari². Seminggu sekali as your reward, it's okay.

Waktu makan tu, jaga portion, make sure karbo (nasi, mee, pasta etc) tu segenggam je. Ikut tangan kita ok, jangan ikut portion tangan bapa kau, memang tak jadi la diet kau cerita dia. Paling penting kena ada macro nutrient ni; carbo, protein and fat. Protein paling penting sebab aku jogging, jadi aku perlukan protein tu untuk help build my muscle and reduce sore.

Pastu tiap petang aku jogging. Hahaha part ni memang ramai yang mengeluh sikit. Tapi believe me, kau try je dulu jogging dalam seminggu pastu kau akan rasa kalau kau tak jogging minggu kedua tu mesti ko rasa something is missing hahaha. Betul ni, tak percaya sudah. Aku mula² tu ngelat juga nak lari tapi masa minggu kedua tu, kalau sehari tu tak pergi jogging rasa lemau semacam ja badan. Aku tak sembang lebih tau, hahaha sebab aku tak pandai reka cerita benda yang aku tak buat hahaha.

Amazingly, I lose 3 kgs juga la dalam sebulan tu, hasil eat right + exercise. Sebelum ni masa takda ilmu yang betul, aku just diet bodoh² je, entah aku ikut diet siapa entah, sampai tak makan nasi 4 bulan weh. hahaha dah tu berat aku turun 5 kgs tapi lepas aku mula balik makan nasi aku naik 7 kgs. I is what the fruitttt!!!!

Sekarang berat aku ada lah dalam 47-48 kgs macam tu. Macam tak kurus je? hehehe actually haritu berat aku dah 46 kgs tapi sebab bapa aku tak suka tengok aku jadi macam tengkorak so aku makan la lebih sikit kasi naik sikit.

Total lost sekarang dah 8 kgs.

Actually banyak ja tips lose weight yang ada dekat luar tu cuma, biasalah orang kita suka cari jalan singkat. Kalau baca tips c A, dia kata kena jogging, kita taknak ikut tips dia sebab menyusahkan. Kita baca tips c B, dia kata dia minum ubat kurus je dia dah kurus so kita pun ikut dia. Sebab tu lah orang kita mudah kena tipu, kena cerita sikit fakta² sains semua terus percaya padahal tu pseudoscience. Kita nak kurus tapi nak goyang kaki je kat rumah and makan jajan hari² pastu tiba² kurus 😂😂 Minta pelempang 😒. No pain no gain laa dear. Sebab tu lah ilmu tu penting.

Ada banyak regime diet dekat luar, tapi basic dia cuma satu:

EAT RIGHT + EXERCISE

Tu ja.

Masalah terbaru aku sekarang is baju lama dah tak bole nak pakai. 💩 Sebab masa aku pakai, aku tengok, weii buruknya sebab semua menggelebeh ja dekat badan aku 😂😂 Nak beli baru tunggu la ada duit lebih sikit kahkahkah. Aku memang kedekut sikit kalau part shopping baju ni hihi.

And you know what, apa yang lebih memeningkan selepas lose weight?

MAINTAINING WEIGHT LAAAA.

Susah weh nak maintain, ko kurang makan, tiba² timbang dah turun, ko terlebih makan, tiba² timbang dah naik.

Hahaha ok enuf for today, esok aku ada paper hahaha.

Wednesday, 27 April 2016

Are we educated enough?

Assalamualaikum.

hihihi rajin pula aku menulis beberapa hari ni. tapi takpalah bukan selalu pun. haha. actually aku malas sebenarnya tapi hmmm eh takpalah tulis sajalah. alang-alang dah buka laptop. internet pun laju kawkaw.

hehe aku sememangnya tak layak pun tulis benda ni but if not me then who?

tell me who?

WHO?

sebenarnya aku emo sikit kalau tengok orang buang sampah merata-rata. haha. Emo sebab nanti dia buang aku kena pungut balik wahaha. tapi takpalah inshaaAllah moga ada pahala untuk itu hihi.

then aku pun terpikir jugalah pasal benda ni.

kau belajar tinggi-tinggi masuk universiti and yes kau rasa kau dah cukup educated dah. kau rasa kau lagi bijak dari makcik/pakcik/akak/abang cleaner yang sapu daun tepi jalan dan cuci tandas tu semua. walaupun aku tau tak semua rasa macam tu.

but wait...

fikir balik!

kau dah cukup educated kah?

kau rasa kau dah cukup educated tapi kau buang sampah dan biar mereka-mereka yang tak 'educated' pungut sampah kau. aku tak kata mereka yang kerja cleaner tu semua buat kerja yang hina. bukanlah niatku nak kata mereka ni tak berilmu. aku tak tau nak cakap macamana but I guess you get what I mean.

kenapa tempat kita ni kotor (Malaysia to be specific)? sebab kita semua dah set mind kita yang semua kerja pungut sampah tu kerja cleaner. tak terfikir pun ringankan beban mereka. alasan kononnya kalau kita tolong nanti diorang nak kerja apa? apa punya mind set ni?

so aku pun malas nak tulis panjang-panjang tapi apa salahnya bantu mereka ringankan sikit kerja mereka. kalau nampak makcik cleaner tu tengah struggle angkat plastik sampah yang berat, why not tolong angkatkan sekali. biarlah orang cakap kau ni berlagak baik, tunjuk alim atau apa cacian sekalipun tapi yang penting niat kita nak bantu ringankan beban dia. sekurang-kurangnya bila orang nampak kita buat macam tu, kita akan tunjukkan budaya yang baik pada orang lain.

kalau nampak makcik cleaner tu tengah muram-muram masa buat kerja, try lah senyum kat dia. kalau dia jeling kau balik takpalah yang penting kau ikhlas nak buat hati dia senang sikit.

aku saja ja letak contoh makcik/pakcik cleaner semua sebab malas nak carik contoh lain. haha. so lepas ni jadilah manusia (students to be specific) yang berpengetahuan dan berperikemanusiaan. tak salah ringankan beban orang. Allah akan balas setiap kebaikan yang kita buat, inshaaAllah, yakinlah.

Okaylah chaww dulu.

hiatus

Assalamualaikum. Selepas berbulan juga hilangkan diri daripada dunia blogging. Tidak tahu lah kenapa kalau waktu final exam ni idea menuli...