hihihi rajin pula aku menulis beberapa hari ni. tapi takpalah bukan selalu pun. haha. actually aku malas sebenarnya tapi hmmm eh takpalah tulis sajalah. alang-alang dah buka laptop. internet pun laju kawkaw.
hehe aku sememangnya tak layak pun tulis benda ni but if not me then who?
tell me who?
WHO?
sebenarnya aku emo sikit kalau tengok orang buang sampah merata-rata. haha. Emo sebab nanti dia buang aku kena pungut balik wahaha. tapi takpalah inshaaAllah moga ada pahala untuk itu hihi.
then aku pun terpikir jugalah pasal benda ni.
kau belajar tinggi-tinggi masuk universiti and yes kau rasa kau dah cukup educated dah. kau rasa kau lagi bijak dari makcik/pakcik/akak/abang cleaner yang sapu daun tepi jalan dan cuci tandas tu semua. walaupun aku tau tak semua rasa macam tu.
but wait...
fikir balik!
kau dah cukup educated kah?
kau rasa kau dah cukup educated tapi kau buang sampah dan biar mereka-mereka yang tak 'educated' pungut sampah kau. aku tak kata mereka yang kerja cleaner tu semua buat kerja yang hina. bukanlah niatku nak kata mereka ni tak berilmu. aku tak tau nak cakap macamana but I guess you get what I mean.
kenapa tempat kita ni kotor (Malaysia to be specific)? sebab kita semua dah set mind kita yang semua kerja pungut sampah tu kerja cleaner. tak terfikir pun ringankan beban mereka. alasan kononnya kalau kita tolong nanti diorang nak kerja apa? apa punya mind set ni?
so aku pun malas nak tulis panjang-panjang tapi apa salahnya bantu mereka ringankan sikit kerja mereka. kalau nampak makcik cleaner tu tengah struggle angkat plastik sampah yang berat, why not tolong angkatkan sekali. biarlah orang cakap kau ni berlagak baik, tunjuk alim atau apa cacian sekalipun tapi yang penting niat kita nak bantu ringankan beban dia. sekurang-kurangnya bila orang nampak kita buat macam tu, kita akan tunjukkan budaya yang baik pada orang lain.
kalau nampak makcik cleaner tu tengah muram-muram masa buat kerja, try lah senyum kat dia. kalau dia jeling kau balik takpalah yang penting kau ikhlas nak buat hati dia senang sikit.
aku saja ja letak contoh makcik/pakcik cleaner semua sebab malas nak carik contoh lain. haha. so lepas ni jadilah manusia (students to be specific) yang berpengetahuan dan berperikemanusiaan. tak salah ringankan beban orang. Allah akan balas setiap kebaikan yang kita buat, inshaaAllah, yakinlah.
Okaylah chaww dulu.